Wednesday, July 24, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukku semula
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah
Sekolah dulu ku enggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang Kuasa memberi jalannya
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rakaman
Sekolah dulu ku enggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling Esa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia
Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi…
Memberi jalan untuk ku semula...

Pasti ada yang pernah mendengar lagu ini kan? Untuk pengetahuan pembaca, lagu ini merupakan nyanyian dari seorang pengemis jalanan yang masih kecil (TEGAR). Ketabahannya mengharungi pancaroba kehidupan bagi mencari nafkah untuk keluarga amat mengharukan. Rezeki dari tuhan tak siapa yang tahu, kini dia sudah menjadi seorang artis muda yang terkenal di Indonesia. Dia bukan menjadi terkenal atas diri sendiri, tetapi dibantu oleh individu lain yang telah mengambil video semasa dia sedang menggunakan bakatnya bagi menghiburkan orang untuk mendapatkan wang. 

Bermula dari situ dia menjadi terkenal dan boleh dikatakan lagu hasil dari gubahannya ini menjadi siulan warga Indonesia. Jujur saya katakan, bahawasanya lagu ini merupakan salah satu peransang bagi saya ketika saya berada di dalam kekusutan atau hilang punca. Lagu ini seolah-olah memberikan saya semangat untuk terus bersabar dan sentiasa positif dalam menyelesaikan masalah. Saya harap, pembaca boleh dan silalah mengambil masa dengan meneliti dan memahami setiap patah liriknya. Pasti akan terasa kesannya. Bagaimana seorang anak kecil boleh mengharungi cabaran kehidupan dan terus berusaha dan bersabar menanti rezeki mahupun ketentuan dari Allah untuk dirinya.

Bersama kita renungkan, Apakah kesilapan kita yang telah lalu dan kita masih mengulanginya sehingga kini? Hanya anda yang mengetahuinya. Bagi membuka minda dan membangkitkan aura positif, sila tarik nafas anda dan lepaskan secara perlahan-lahan dan langkah itu diulang untuk beberapa kali sehingga anda merasakan hadirnya aura ketenangan atau aura positif. Jika telah tiba aura itu, menandakan anda berada dalam keadaan tenang untuk menilai dan berfikir. Di saat ini, mulakan dengan memikirkan apa masalah yang membelenggu minda dan kehidupan anda? Kemudian fikirkan mengenai puncanya terjadi permasalahan tersebut? Selepas itu, fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan jayanya. 

Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai masalah kewangan, bersangkutan dengan kesilapan percaturan anda yang telah lalu. Anda kini boleh pergi mendapatkan nasihat dari pakar kewangan yang bertauliah seperti AKPK @ pihak bank @ penasihat kewangan @ dari rakan-rakan yang telah berjaya menyelesaikan masalah mereka yang seperti anda. Itu sebagai langkah awalan untuk anda membuka minda dan mula berfikir dalam keadaan tenang.

Ingatlah, sebelum kita melakukan sesuatu hendaklah kita berdoa kepada Allah dan kepadanya kita minta supaya dipermudahkan segalanya dan diikuti dengan usaha. Dan ketahuilah, permasalahan yang didatangkan kepada kita pasti ada alasannya atau sebabnya. Namun yang pasti setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Masalah umpama penyakit, ianya boleh diubati dan dirawat. Cuma kita sahaja yang masih belum bertemu dengan penawarnya. Masalah adalah untuk diselesaikan dan BUKAN UNTUK DIELAKKAN. Kita bertemu lagi di post yang akan datang. 

Pemula bicara tanda pengenalan....

Minda Yang Terbuka

Makna Minda :-

  1. terfikir remembered , to come to mind , to...
  2. angan ideas , mind , thoughts...
  3. mamai forgetful , failing mind...
  4. acuh heed , mind , care , pay attention...
  5. menghipnosis fascinate , hypnotize , dominate the mind or...
  6. mantul past thinking , mind in the whirl...
  7. fikiran idea , mind , thought , way of...
  8. ilmu ilmu jiwa=study of the mind , psychological ,...
Minda yang terbuka boleh diertikan atau difahami dengan maksud fikiran yang bebas atau menerima sesuatu ilmu dengan seadanya dan memahami keperluan dan keberkesanannya dalam kehidupan. Setiap insan di dunia ini mempunyai keterbukaan minda, namun majoritinya memberikan keterbukaan minda hanya terhadap beberapa perkara yang dirasakan perlu dalam kehidupan seharian.

Namun pun begitu, setiap insan pasti akan diuji atau dicabar dengan permasalahan yang meminta mereka untuk berfikir dan mengambil tindakan yang perlu. Dikala inilah, dasar minda terbuka selalu tercabar. Bagi mereka yang kurang ilmu atau kurang pengalaman pasti akan mahukan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah mereka. Dan bagi mereka yang hilang punca penyelesaian masalah pula, akan hilang semangat dan diri mulai dikuasai aura-aura negatif sehinggakan memungkinkan mereka untuk berbuat apa sahaja bagi menyelesaikan atau mengelakkan masalah.

Hari ini, di blog ini, saya akan memulakan perkongsian ilmu yang tak seberapa yang dimiliki bersama anda agar kita mampu mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini dengan minda yang terbuka dan membangkitkan bersama aura-aura positif yang pasti akan dapat membuka segala jalan penyelesaian bagi masalah yang diharungi dalam kehidupan seharian. In Shaa Allah..... Teruskan bersama post yang seterusnya.